Friday, June 1, 2012

Segmen : Tambah Followers Sehingga Beribu Jum !


Aku mula berblogging on May 2011...
Mula mula tak suka pada berblogging tapi menjadi satu yang ohsem bila kita dapat tambah kenalan dan macam macam cerita dapat dikongsi di sini :)



Thursday, May 31, 2012

Apa korang buat bila bosan tahap gaban yang amat

Aktiviti harian aku tak dak lah segempak aktiviti harian korang.. semenjak balik dari Seri Iskandar hari tu (jumaat sabtu ahad isnin selasa rabu dan kamis) asyik asyik dok rumah..bosan sangat yew..bukak mata tutup mata benda yang sama..kalau sebelum sebelum ni cuti aku memang full aktiviti dengan MrPs tapi semenjak dia bagi komitmen terhadap tugasan dia, aku seperti diabaikan..huwaaaaaaaaaaaa.....*tetiba nak feelings di sini..Cool cool cool..tak rock la ceni..haha !

Aku kalau dah balik SP memang takdak kawan..bukan takmau kawan tapi macam aku cakap sebelum ni..semua kawan kawan belajar rata rata so yang dekat rumah memang takdak..kalau ada itu pun laki..aku memang pemalu sangat..haha ! Lagipun nampak tak manis pulak kalau keluar berdua duaan ngan laki kan..kang disalah anggap oleh mata mata yang memfitnah..kan dah tambah dosa diorang..

Korang kalau bosan apa yang korang buat ?? Ke hidup korang sentiasa dalam kebahagiaan ?? Sini aku bagitau korang aktiviti aku bila bosan tahap gaban yang teramat sangat..

* Tengok TV

Aku suka tengok drama Melayu , Omputih dan Hindustan..NO Korean okey..memang tak boleh nak get along ngan jiwa aku..dari dulu dulu lagi time orang jiwang layan Autumn In My Heart lah, Boys over Flower lah, Full House lah aku blurrrrrrr kebosanan..so aku layan lebih kat Hindustan..mungkin sebab muka ala ala iras Juhi Chawla..hahaha..sila jangan terkezut...hahaha..gelak guling guling

* Dengar kuliah Ustaz Azhar Idrus

Ini time tak bosan pun aku tengok dan dengar..memang lawak habis lah ustaz ni..bukan takat lawak je..boleh jugak sekepiang dua ilmu yang disampaikan..ke guane? Haha.. Memang terbaiklah ustaz tu boleh tarik minat anak anak muda untuk dengar kuliah dia..

* Berjalan pusing dalam rumah

Rumah aku ada lah sejemput..so kalau bosan aku akan jalan dari pintu depan ke pintu belakang pastu duduk..pastu aku ulang lagi aktiviti ni sampai pening kepala..haha..tak ke gila gitu..selalu sangat buat keja tak faedah..kadang kadang berjalan dari pintu depan pastu jelajah bilik mummy ngan abah tak pun bilik adik laki aku..takpun masuk je bilik aku..tapi tetap bosan..kalau aku dah masuk bilik tu jaga jagalah yeaa...

* Tido

Tidur ni bukan satu amalan tapi kalau dah bosan tahap gaban gitu apa lagi nak buat bukak kipas kuat kuat then tarik selimut...lantaklah orang nak kata apa pun..tapi ada aku kesah ???

* Dengar radio

Walaupun kekadang bosan tak tau nak dengar lagu apa just aku letak je kat telinga dengar DJ berceloteh..tekan siaran itu tekan siaran ini kalau bosan jugak tutup je radio tu..

* Online

Bukak lappy dan online..tapi tu kadang kadang lagi bosan teruk sebab bukak fesbuk notification pun sikit..bukak twitter pun sama jugak..at last bukak blog then blogwalking merata rata..

Tapi kan kalau lah bosan aku berlarutan gaban tahap maksima..gaban gaban punya bosan, aku akan diatas katil berangan rangan..haha..! kadang kadang angan angan yang tak logic..contoh nya.. kalaulah aku jadi orang yang sangat kaya..kalaulah aku secantik Kareena Kapoor..kalaulah aku jadi penyanyi macam Taylor Swift dan sebagainya kalau, kalau, kalau..

Hehe..teruk gila berangan angan pak pander..hewhewhew..:)

Tuesday, May 29, 2012

Hodohnya Header ku !! *tsk tsk tsk*


Blog aku tak la seindah blog orang lain..dan aku tak pandai nak edit mengedit ni..dulu masa time sekolah rendah cikgu tanya nak jadi apa dengan yakinnya jawab "DESIGNER".. semua takmau kalah..nak yang hebat-hebat je..time sekolah menengah pun serupa jugak..cikgu tanya jawab " saya nak ambik aliran yang lukis-lukis tu " haha ! Memang tak boleh blah nak jadi orang berseni..sekali lukis, kalah budak tadika ...

Bosan jugak kalau ada orang yang selalu melekeh kan kemampuan kita..sobssssssss...*mungkin tak dak rezeki kot tu kot*
At last, kena ambik pengurusan pejabat..itu dah nasib !

Okey tak mau feeling lebih-lebih kat situ..kebelakangan ni aku memang sangat rajin blogwalking yea..maklum lah dok rumah goyang kaki je..so bosan bosan bukak lappy terus jelajah rata..apa yang menambah kegembiraan aku masa blogwalking ialah header korang..sangat cemburu okeyyy....aku memang tak tau nak buat cantik-cantik..so setakat hasil tangan aku tu ada lah..contohnya jap aku upload yang kurang cantik tu....*tsk tsk tsk*...

kan aku dah cakap kurang menarik..korang tetap jugak tak percaya..

So masa aku blogwalking semenjak dua menjak ni adalah aku tengok header diorang cantik mengalahkan header aku tu..ok jap aku upload lagi yeaa......






So tak payah la aku nak tulis url blog dorang..korang zoom je mata besar besar tengok url di situ..kan aku dah gigih print screen tu..

Cantik kan..hewhewhew :)